PENGERTIAN PEPATAH
Ada beberapa pengertian pepatah. Pepatah atau
perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan
melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap
rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi
satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Ia berkait
rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contoh
- Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua --- >>> artinya budi baik seseorang itu jangan dilupakan.
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
- Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
- Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
- Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Pribahasa
atau ungkapan adalah kiasan yang dilahirkan dengan pendek dan singkat,
contohnya adalah "keras hati" atau "Ringan tangan"
sedangkan Pepatah adalah kiasan yang dipakai untuk menyatakan sesuatu dengan
pendek dalam bentuk kalimat, contohnya "maksud hati memeluk gunung, apa
daya tangan tak sampai".