PEMBELAJARAN YANG DIAWALI DENGAN PEMBERIAN SOAL CERITA UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR MATEMATIKA SISWA KELAS V-A SDN 004 RUMBAI PEKANBARU
ABSTRAK: Penelidikan ini
bertujuan mengkaji penggunaan pengajaran dan pembelajaran matematik melalui
soalan berayat berbentuk kontekstual dalam matematik di sekolah rendah.
Penyelidikan mengkaji impak daripada penggunaan pengajaran dan pembelajaran
matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual, iaitu: (1) pencapaian
matematik pelajar, (2) perbezaan sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan
setelah pengajaran dan pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual,
dan (3) perbezaan motivasi pencapaian pelajar terhadap matematik sebelum dan
setelah pengajaran dan pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentuk
kontekstual. Kaedah kajian yang digunakan ialah penyelidikan tindakan yang
dilakukan sebanyak tiga pusingan. Penyelidikan tindakan dilakukan secara
kolaboratif antara penyelidik dan seorang guru matematik, serta subjek pelajar
sebanyak 21 orang pelajar tahun V (umur 10-11 tahun) di sebuah sekolah rendah
di Pekanbaru, Riau, Indonesia. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui
pemerhatian, ujian pra dan pos pencapaian matematik, dan soal selidik untuk
mengukur: motivasi pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik. Hasil penyelidikan
menunjukkan bahawa pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual
dapat mewujudkan peningkatan pencapaian matematik pelajar, motivasi pencapaian pelajar, sikap pelajar
terhadap matematik.
Penulis: Zulkarnain
Kode Jurnal: jppendidikandd110132