Persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan Orang Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia
Abstraksi: Kaunseling merupakan medium bagi individu
untuk mencari dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Persoalannya ialah bagaimanakah penerimaan,
persepsi serta kebolehpercayaan masyarakat atau klien terhadap kaunselor dan
perkhidmatan kaunseling di Malaysia.Sehubungan demikian, kajian ini bertujuan
mengenal pasti penerimaan, persepsi serta kebolehpercayaan klien Orang Kurang
Upaya (OKU) terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam usaha untuk
membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.Kajian ini
merupakan kajian kualitatif.Data diperoleh melalui sesi kaunseling kelompok,
temu bual, pemerhatian dan catatan yang dilakukan semasa sesi
kaunseling dijalankan.Keputusan melaporkan ramai dalam kalangan OKU
memberikan persepsi yang berbeza terhadap perkhidmatan kaunseling yang
diikuti.Malah, terdapat kekangan dari segi penerimaan dan kebolehpercayaan OKU
terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling. Seterusnya, kajian ini akan
membincangkan mengenai penerimaan,
persepsi dan kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan
kaunseling yang diikuti dalam usaha membantu mengurangkan bebanan masalah yang
dihadapi. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada kaunselor
supaya mereka lebih bersedia untuk berdepan dengan klien OKU.
Penulis: Zuhda Husaian &
Nor Shafrin Ahmad
Kode Jurnal: jppsikoterapidd130028