TRAUMA REMAJA KORBAN KONFLIK BERSENJATA DAN TSUNAMI DI ACEH

ABSTRAK: Kajian  trauma  dalam  kalangan  remaja  mangsa  konflik  dan  tsunami  di  Aceh  dilakukan  kerana  beberapa asumsi  iaitu  Aceh  dalam  sejarah  yang  berpanjangan  telah  berlaku  konflik  bersenjata,  selain  itu  juga  telah terjadi  gempa  yang  maha  dahsyat  yang  dibarengi  dengan  tsunami.  Peristiwa  tersebut  telah  membuat  ramai masyarakat  terutama  remaja  mengalami  kesan  trauma  pada  taraf  yang  sederhana,  dan  terdapat  perbezaan yang  signifikan  pada  setiap  wilayah,  sumber  trauma  dan  jantina  yang  memerlukan  pengkawalan  secara profesional  terutamanya  wilayah-wilayah  yang  hasil  ujian  post  hoc  sangat  berbeza  seperti  di  Bireun,  Aceh Selatan dan Abdya agar remaja yang mengalami trauma dapat hidup secara munasabah dan dapat merancang kehidupan yang selesa dimasa hadapan melalui layanan kaunseling trauma. Kajian ini menggunakan manual standar Trauma Symptom Inventory (TSI) yang sudah diubah pakai sesuai dengan bahasa tempatan. Manual ini  dibahagi  kedalam  dua  sakala  iaitu  Skala  Validiti  dan  Skala  Klinikal.  Remaja  yang  merespon  indikator tersebut dengan skor tinggi maka dapat dikatakan mereka mengalami trauma dan memerlukan pengkawalan yang  serius  agar  tidak  menjadi  Post Traumatic  Syndrome  Disorder  (PTSD). Trauma  ini  sangat  membahaya kerana dapat menggangu kesehatan fizikal dan psikis dan bila berpanjangan akan menyebabkan sakit mental.
Kata-kata kunci: Trauma, Trauma Symptom Inventory, Post Traumatic Stress Disorder
Penulis: Fonny Hutagalung, Kusmawati Hatta, dan Zahari Ishak
Kode Jurnal: jppsikologisosialdd130029

Artikel Terkait :

Jp Psikologi Sosial dd 2013