Masyarakat Sivil dan Demokratisasi Politik di Malaysia: Satu Analisis Ringkas

Abstrak: Makalah ini menganalisa proses demokrasi di Malaysia dengan melihat perananan masyarakat sivil sebagai mesin perubahan. Analisis dalam makalah ini berbeza dari pandangan pakar sebelumnya yang berpendapat bahawa protes-protes politik terhadap kerajaan muncul pertama kali pada rejim Dr. Mahathir. Pada kenyataannya, paper ini berpendapat bahawa protes-protes politik bahkan bermula sebelum kemerdekaan Malaysia. Meskipun proses ini terus berlangsung, hal ini tidak membawa demokrasi yang nyata di Malaysia. Hal ini dikeranakan kejayaan kerajaan yang berkuasa, dalam memberi keselesaan dan mensejahterakan rakyat yang menyebabkan kesusahan bagi masyarakat sivil untuk meyakinkan rakyat tentang perlunya transformasi politik. Dalam aspek ini, makalah ini membahas pendekatan baru dalam protes-protes politik oleh masyarakat sivil tentang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan, melalui protes politik “dari dalam” yang mana lebih berkesan dalam meningkatkan kesedaran menuju perubahan politik. Makalah ini diakhiri dengan kesimpulan bahawa satu hal yang mencirikan politik Malaysia berbeza dengan rejim politik lain di dunia adalah, pemimpin-pemimpin politik di Malaysia tidak perlu menumpahkan darah warganya dan ini adalah alasan utama bahawa mereka mampu mengekalkan status quo mereka sampai sekarang.
Kata kunci: Malaysia, proses demokratisasi, masyarakat sivil, protes politik, rezim politik
Penulis: Md. Salleh Md. Said, Mohammad Agus Yusoff, Leo Agustino
Kode Jurnal: jphubintdd120036

Artikel Terkait :