Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di Institusi Pengajian Tinggi
ABSTRAK: Belia adalah aset
bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa untuk merealisasikan
hasrat menjadi negara maju. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia,
apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia, termasuklah belia di
institusi pengajian tinggi, dalam permasalahan akhlak yang menyimpang daripada
nilai-nilai ke-Timur-an dan prinsip Islam, walaupun hakikatnya mereka telah
melalui proses pendidikan agama secara formal di sekolah. Ini menimbulkan
persoalan: Apakah permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi?
Penglibatan mereka dalam tingkah-laku yang berisiko seolah-olah memberi
petunjuk bahawa pendidikan di sekolah sahaja belum mencukupi untuk membentuk
akhlak belia, dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dalam kehidupan
mereka pada hari ini. Justeru itu, artikel ini mengupas tentang konsep belia
dan akhlak Islam, permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi, dan
cara mengatasinya. Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan akhlak belia
untuk menjadi insan kamil yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek dan
spiritual adalah proses pendidikan sepanjang hayat dan perlu diberi penekanan
selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara-bangsa.
Penulis: Rohana Tan, Norhasni
Zainal Abiddin
Kode Jurnal: jppendidikandd161750